Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

NOSTALGIA

by D 16 on October 09, 1999 at 08:32:56:



NOSTALGIA


awan putih merangkak lalu
menari sang pohon dicium bayu
di lempar renungan di awan biru
terpacul rautmu memukau kalbu
hanya terngiang suara nan merdu
tiada ketemu raut wajahmu
hanya sekali dalam seribu
peluang emas kita bertemu
hanya suara pengganti diri
mengubat rindu membara di hati.

alang bertuah hamba si hina
meramah mesra dengan si jelita
menguntum senyum nan manja
terpateri di bibir madu
dari dunia hingga ke Syurga.

lembut gayamu mengorak langkah
mengembang warisan sejarah lama
duduk terpegun si arjuna
tiada terkelip kedua mata.

biar bibir terpaku lidah terkelu
mata bertemu hanya bayangmu
berkata sepatah dalam hati
bermohon hamba mengundur diri
sehingga takdir mengizin lagi
bersualah kita di kemudian hari.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti180
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.