home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kelkatu Mencari cahya..

by Ejmt on October 22, 1999 at 19:10:51:



Kelkatu Mencari cahya..


Aku cuma melihat
dan tak dapat bicarakan
bila mereka mula berkumpul
pada sang api yang membakar
bersemangat sanggup mati
mereka menyambar
mereka bersahutan
melepaskan ketidak adilan
Aku cuma melihat
dan tak dapat bicarakan
kumpulan kelkatu dalam cahya
mereka terlalu bersemangat
tanpa ada arah dan tujuan
tanpa ketahui siapa ketua
yang layak menghala kemana
Mereka mabuk kerana cahya
terlalu angkuh dengan cahya
yang tidak menjanjikan apa-apa
cuma bila siang datang mereka hilang
kerana mereka cuma berani
bila gelap malam..
Aku cuma melihat..
dalam berkata, perjuangan apa
yang mereka perjuangankan
sedang siang sentiasa menjanjikan
cahya yang terang...
Aku cuma melihat..
dan berkata..keadilan telah lama
ada cuma mereka yang masih belom sedar....

Ejmt
President House

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1443
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).