by The Doors on October 23, 1999 at 15:17:35:
Perjalanan Kafilah 9 (Hujan)
Guruh di langit berdentam-dentum
Turunlah hujan asid yang tak boleh diminum
Hujan yang tadinya belum pasti
Kini sudah membasahi bumi
Seorang manusia dalam perjalanan pulang
Diri yang basah kuyup dianggap malang
Itulah akibat lawan cakap Emak
Ketegaq sungguh apa punya anak
Manalah Chek nak tau apalagi menjangkakan
Angin tak ada ribut tak ada tau tau hujan
Eini angkat kain jemuran
Opsss...pembaca sekalian janganlah marahkan
Dialog P Ramlee menjadi selitan
Heh...heh...heh ke perenggan yang lain sila teruskan
Nun disatu sudut bumi tak bertuah
Kemarau yang panjang dianggap musibah
Tanaman terkulai sungai kering kontang
Hanya berdoa agar hujan segera datang
Penyakit berjangkit mula merebak
Mayat dan orang sakit di sana sini berselerak
Dari itu awasi dan fikirlah masak-masak
Usah selalu persoal di mana keadilanNYA terletak
Rahmat dan nikmatNYA kalau difikir memang berlambak-lambak
Mengapa kena 'duga' sedikit terus nak memberontak
Jaga-jaga jangan sampai kufur dirimu kelak
Basah sudah basah
Tak perlu lagi aku marah-marah
Berhenti di bawah jambatan jalan terbaik
Menanti hujan reda sambil makan apam balik
Apam balik pasar malam mujur masih panas
Makan di atas motor sambil tersenyum puas
yey yey apam balik yey yey
RupaTanpaWajah