home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kepala Batu (Benarkah ?)

by Apek on October 31, 1999 at 23:20:27:



Kepala Batu (Benarkah ?)


Keras sangat ker kepala tuh
Hingga semua orang nak dilawan
Aku tak mau lawan
Aku tahu kau tue kepala batu
Buang masa aku layang orang macam kau
Parasit yang nak mampus
Habis kena sumpah seranah
Orang semua tidak betul
Panas telinga katanya
Bukan aku tidak tahu
Untuk kepentingan diri semata-mata
Bukan untuk semua
Biasalah manusia kepala batu
Mana boleh di lawan
Asal dia sahaja yang betul

Hentikanlah sikap keras kepala
Orang lain pun nak hidup juga
Bergunakah kuasa memerintah kau tue dalam liang lahad
Apa nak jawap bila mungkar nangkir tanya
Tak kan nak jawab stock market ker
Bursa saham ker
Negara mana nak di ampu ker
Sudah lah tue
Hentikan mainan kuda tua
Kaki tua mana tahan
Bukan nak menongkat dunia
Akan mati juga suatu hari
Kalau tak hari nie
Mungkin esok siapa tahu
Semua adalah ditangan Nya

Aku bukan nak mengata
Tapi adalah kebenaran
Semua orang tahu kau tue kepala batu
Tidak payah nak berselindung
Mana cukup kain nak tutup dosa yang telah kau lakukan
Bukan senang
Bukan pula payah
Tapi bagi kau semuanya dihujung jari sahaja
Almaklumlah boss ler katakan
Biar..
Biarkan kau dengan kepala batu kau tue
Aku sudah jemu nak bertekak
Bukannya kau dengar
Apa pun kau tetap serupa
Kepala Batu.....

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1152
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).