Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

KELAHIRAN

by DAENG MAHARI on November 08, 1999 at 06:21:47:



KELAHIRAN



di dada langit
ada sayap-sayap putih kapas menari,bercerita
ada riang dan hilai tawa dalam lenggok tari itu.
antara celah riang
suria menabur jalin-jalin sutera dan baldu pada rekah-rekah tanah.
di dada langit
sayap-sayap putih kapas bercempera ke horizon
berbondong-bondong kepul kelabu menghambat
rekah-rekah tanah senyum. mengharap. bersyukur.
berguguran manik-manik mutiara
mustakmal dalam rekah-rekah,alur-alur.
mutlak dalam nisbah
dalam rekah-rekah menjalin warisan untuk warisan yang mewaris
dalam rekah-rekah, menanti pulang bercerita
sayap-sayap putih kapas menari,
dan suria menjengah di balik jalin-jalin sutera-baldu itu
mengintai warisan di celah-celah rekah tanah

*terima kasih EJMT*

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti197
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.