Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Perjalanan Kafilah 11 (Terimalah Cintaku)

by The Doors on November 15, 1999 at 03:43:21:



Perjalanan Kafilah 11 (Terimalah Cintaku)


Mungkin selama ini aku buta.....
Buta kerana masih ragu dan sangsi terhadap kasih dan sayang yang kau beri
Buta dan terus hidup tanpa mengharapkan keindahan cintamu
Buta tanpa cahaya dari mata yang aku pejamkan sendiri

Namun atas rasa kasih dan tanggungjawab
Diri ini terus kau pertahankan
Walaupun tiba berbagai tohmahan serta halangan
Ini semua mengundang aku ke seribu penyesalan
Kerana perjalananku masih jauh untuk kau sandarkan harapan

Kita tak mampu lari dari kenyataan
Kau dan aku hadapi semua ini telah ditentukan
Sejauh mana aku lari sejauh mana aku menyisih
Kau masih jua begitu terhadapku tetap sayang tetap kasih, tetap suci tetap putih
Ingin kuhadiahkan sejambak mawar merah sebagai tanda terima kasih

Mawar-mawar merah ini sebagai satu permulaan
Dari aku yang selalu tersesat dalam perjalanan kehidupan
Bunga-bunga ini tidak mampu membalas jasamu
Berbanding kasih sayang yang kau curahkan dari dulu
Pasti suatu hari nanti aku akan membela nasibmu
Terimalah sejambak mawar merah ini bersama cintaku
Aku cinta padamu duhai Ibuku.....


RupaTanpaWajah

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti248
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.