home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Aku...Kau...Dia...

by CendrellA on November 24, 1999 at 05:37:38:



Aku...Kau...Dia...


Aku...
Berdiri di sini
Mengintai celah jalur jendela
Mneyepi di balik tabir sutera

Kau... 
Berpijak megah di bumi
Menepuk dada lagak perwira
Gah dengan kata-kata tak terduga

Dia...
Yang memerhati dalam kekalutan
Hadir menangguk air di pergigian
Menjebak diri dalam ketegangan

Aku...Kau...Dia...
Ibarat pelakun dalam cerita
Menghidupkan watak-watak utama
Menjadi tumpuan penonton yang setia

Aku...Kau...Dia...
Tidak pernah menduga semua
Tidak menyangka segala
Tidak terfikir akan akhirnya

Kini...
Aku yang masih berdiri
Kau jua yang tetap berdiri
Dia yang turut memerhati
Tetap begini

Memainkan peranan dalam sepi
Meneruskan lakunan tanpa henti
Mewujudkan satu alam fantasi
Dalam memenuhi citarasa tersendiri

coretan jiwa
'Wardatul Hamra'


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1161
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).