by KELANA on December 07, 1999 at 18:34:22:
BICARA ULAT DI LIANG LAHAD
ULAT (i) Manusia berkafan ini
miring dipembaringan
gemerincing perit raungnya
setelah langkah ke tujuh
meninggal kuburnya
sebentar tadi
ULAT (ii) Dari awal tempoh hayatnya tamat
berpisah roh dari jasad
jasadnya menjerit perit
bila ratab kerabat
menyebat jasad
melahab sebelum mayat turun ke lahad
bukan lafaz kaliamah mati
pengobat roh
pembebat jasad
tetapi kalimat umpat
taulan dan jiran
menyiat mayat
ULAT(i) Rohnya di persada
merintih pedih
hanya simpul lima
selimut putih
teman jasad di liang lahad
kerana sepanjang hayatnya
hanya menimbang sebelah amalan saja
sedangkan sehasta
Syakaratulmaut
mengintai-ngintai dirinya
ULAT(iii) Mengapa sedemikian rupa
manusia ini mati terdera jiwa
walau dahi tak lepas
sujud di musala
Hajar Aswad pernah
dikucup ciumnya
bicara kitab lama
lepas dikepalanya
bicara Nabi dan Rasul
lepas di mindanya
ULAT(i) Kerana manusia ini
ladangnya lima puluh ekar
semak berjeruju
ramai kerabat dekatnya
hilang kompas dunia
sesat dalam peta akhirat
kerana manusia ini
bagai masjid tua
tanpa dihuni
tiba masanya
robohlah ia
ULAT(iii) Lihatlah nanti beratus hari
kad doa arwah datang melimpah
bukannya datang untuk menadah
tetapi tiba buat beramah
menyebar fitnah dan tohmah
mayat dan roh meratapatangis tak sudah
ULAT(i) Wahai rakyat ulat
di liang lahad
apakah sudi kalian
memamah mayat ini
kala jengking dan ular
dari warga Neraka
sedang menanti kita
renungan Ramadhan
cool-ching