Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

TOPeNG (buat tatapan Daeng)

by KELANA on December 07, 1999 at 23:23:39:



TOPeNG (buat tatapan Daeng)


Muka di sebalik topeng
fobia dosa telah sirna
berwajah nista santiran syaitan
kehonaran segenap tempat
mengatasi hukama bijak imalat

Topeng-topeng munafik
beroman insan berhati haiwan
melata di atas pohonan manusia
parasit peribadi bendalu namanya
menyukat hayat senangnya
dengan talam bermuka dua

Topeng tak lepas di muka
takut menghitung hidup peritnya
dengan talam bermuka nyata

Wajah di sebalik topeng
enggan melihat diri dalam diri
sedangkan hatinya terus memerhati
pasangan gerak dan geri
indera dirinya
dibalut rupa manusia
disalut wajah insan
dengan topeng kemunafikan
mobaliti jasmani pinjaman Tuhan

cool-ching

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti216
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.