Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

kanvas hidup

by dzeng on December 13, 1999 at 12:17:53:



kanvas hidup


angin malam mendesir
meniup membisik ke cuping telinga
menyanyikan sebuah sonata pilu
nafas terhenti sejenak
melayani mindaku yang terbang melayang jauh

bayangan puteri firaun
menari-nari di hadapanku
melentik-lentikkan jari-jemarinya yang halus panjang
hadir nefetiti mengingatkan aku sendiri
seorang di dalam dunia ku yang sepi
semua yang indah hanya sementara bisiknya
kesedapan dunia hanyalah mainan nafsu

duduk diam membisu
lidah kelu membatu
tersentak aku dengan keindahan tarian di raja
membawa diriku semula mengingatkan
ruang masa dah tenaga
yang telah ku buang
melayan angan-angan ku selama ini

Nefetiti semakin jauh pergi
menari-nari terlentik lentik
mengabdikan dirinya di kanvas papyrus
layaknya sebagai sebuah lukisan

aku bukan arca atau lukisan
aku zahir
panas ku sentuh hangat
sejuk ku pegang ngilu tanganku
kanvas hidupku tidak berwarna
hitam pekat
tidak seindah potret nefetiti
tapi nefetiti bukan aku
aku adalah lukisan ku sendiri.


sekian thank you
dzeng yang comel

hik hik hik, ekekekek gile ker melayan diri sensorang malam malam buta ni, risau aku.

hik hik hik



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti135
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.