home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

DENDAM

by cicak on December 14, 1999 at 07:55:57:



DENDAM


Kau datang lagi
Mengahantui diri ku yg kesepian
Walau sudah berkali-kali ku usir
Namun..kau tetap tabah
Hatimu umpama batu karang di tepian pantai
Tak pernah mengalah walau sekuat mana pukulan ombak
Tapi..
Hatiku tidak..
Jangankan sekuat ombak..
Sekuat arus pun mungkin mengalah
Mengapa..
Mengapa harus kau lakukan semua ini ?
Adakah kerana janji kau dahulu ?
Atau sekadar untuk memuaskan hati dan dendam kesumat ?
Atau...
Hanya sekadar mengambil kesempatan di atas kelemahan ku ?
Tidak..
Kau akan menangis suatu hari nanti
Aku yakin..dan akan ku pastikan
Tangisan mu itu menjadi ejekan ku sepanjang hayatku
Ya..
Nantikanlah saat itu..
Tapi..
Adakah kau sanggup berhadapan dengan semua itu ?
Sifatmu memang keras hati..
Degil..
Aku juga yakin yg kau akan terus berdendam
Kerana dendam mu telah dijanjikan
Dendam mu dendam tersurat..
Dendam mu dendam kesumat...
Ingatlah..
Dendamku juga semakin hampir
Dan tatkala ia tiba..
Kalimah kesyukuran akan dilafazkan
Dan tatkala itu juga..
Air mata kesyukuran ku mangalir deras
Jatuh berderai bagaikan mutiara
Menghapuskan segala kekotoran
Yang telah engkau ilhamkan
Dan harus kau ingat
Tatkala itu jugalah..kau MENANGIS..
Tangisan mu yg telah ku nantikan sekian lama
Tangisan yg sangat ku hajati..
Tangisan pertama.......................


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1287
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).