by Putri Cyber on December 19, 1999 at 05:22:34:
Mencari Identiti
Mencari Identiti
Terjaga ku dari lena yang mengasyikan
Dari suatu perjalanan maya kukembali ke alam fana nan nyata
Suatu perjalanan yang memadamkan suatu identiti diri
Yang menggoyah dan meruntuhkan keutuhan dinding moral
Hingga aku kehilangan suatu peribadi yang suci dan nyata
Dalam kekaburan , kekusutan dan penyesalan tak berkesudahan
Di balik amukan rasa keliru , kekesalan dan amarah kebencian pada peribadi diri yang berpanjangan
Kubelek lipatan diari hidup silam
Mencari jejak-jejak identiti diri yang hilang dimamah ledakan arus kemodenan
Kini
Penyesalan terbetik dek kerana langkah tari hidup ku yang songsang
Berkompaskan gerak rasa nafsu yang meluak
Antara
Gelodak nafsu ganas dan memukul keinginan batin
Ditambah pula keimanan yang setipis kulit bawang
Mana mungkin …
Secebis keimanan dapat membalut sebuku gelodak nafsu
Maka terlunturlah baki keimanan yang secebis cuma
Dan kini
Aku terjaga dari lena keasyikan diulit nafsu
Yang menggamit seribu macam kelalaian
Maka
Langkah kuatur mencari peribadi dan menyuburkan moral yang gersang
Sukar ………
Payah ………
Tak kukenali siapa aku kini
Dalam kebingungan dek penangan kedungungan akibat gelora nafsu
Tiba-tiba
Terpalit sejalur cahaya
Merentangi minda yang gelap pekat kebuntuan
Kalimah sahabat setiaku buat renungan …
Jika ingin mencari identiti yang hilang
Jika ingin mengenal diri dan peribadimu yang luluh dimakan masa
Kembalilah dikau pada-Nya
Selami keagungan-Nya
Hayati kekuasaan-Nya
Yang mencipta kamu dari segumpal darah dan setitis air mani
Kunci peribadi yang hilang akan kau temui