Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Dari Bankok ke Chonburi

by TiRaS on December 26, 1999 at 20:31:55:



Dari Bankok ke Chonburi



(satu catatan perjalanan)

menyusun senyuman pada gambar-gambar
ingatan disingkap ke belakang
Kota Bankok sepadat New York
tidak pernah kekurangan warga siang atau malam
Muukda menyambut dengan kehangatan
sehangat hotel Karnmanee di tengah simpang siur jalan
di sini hotel semua lima bintang keramahan

bekas Leftenan Kolonel tentera jadi pemandu teksi
terima kasih Englishnya fasih
membuat kami ketawa biar terperangkap di jalanraya
dengan cerita golf 18 lubang dan 'hole in one'nya
setua ini aku baru tahu lucah adalah bahasa dunia!

dengan bahasa ayam itik kami menjamu selera
masakan Pattani di setesen keretapi
di sini pakai kupon yang warna-warni!
jangankan Bath, US Dollar tidak laku
standard Club Med, gitu!
senyum dik Khadijah masih dalam pandangan
tersipu bila kami memaksa dia sama-sama makan
mujurlah ada saudara seIslam, kami tidak kebuluran

Chonburi dua jam perjalanan
jadi terheran-heran... mengapa lebuhraya
ada tingkat-tingkatan ?
barangkali itu lambang kuasa ekonomi baru
yang tiba-tiba runtuh bila spekulasi nilai duit jatuh
papan iklan besar-besar
kata Naim dia nak baca sukar kerana
tulisannya serupa jawi tapi fathah belaka!

Siracha, Vajirawut Boys Scout Camp menunggu
di sinilah para belia lanjut usia berkhemah
atas dasar Asean dan setiakawan kami dicampak ke pinggir hutan
sesudah segala ucapan dan rasmi-rasmian
Nuch, Nipit, Sopa, Noel, Mary Ann, Rudolfo,
Toey, Lorenzo, Sompot, Decha, Ekkaphan, Samsuddin penyamun
Zai dan aku menyanyi dan menarikan lagu persahabatan.


Vajirawut Boys Scout Camp
Siracha, Chonburi
14-18 November 1999
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti168
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.