Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

SUARA ANGIN, (titipan untuk KELANA)

by DAENG MAHARI on December 27, 1999 at 00:11:01:



SUARA ANGIN, (titipan untuk KELANA)


 
aku melakar suara di helai-helai kayu,
menari terkinja-kinja jari tangan kiri,
bersenandong.melarik-mencarik
bunyi-suara dalam kabus putih akal.
mengaul suara mencari kata,makna erti.
merah suara berkata sengsara
hitam suara bertutur kejab hati

atas bidang dada helai-helai kayu,
bercerita alam dalam tutur aku,
melukis suara dalam diam diri.
jari tangan kiri ini,
hanya melarik suara angin
yang damai untuk di kongsi.
bukan memandai menari jari-jari kiri,
menunjuk angkuh,melentik luik dalam tari angin.

biar kan aku menari
bersama jari-jari kiri ini,
bersenandong seloka,bersama angin.
hanya untuk damai yang aku cari,
tenang dalam diam diri.
bukan bertopeng suara angin yang ribut.

~~daeng, anak Bugis~~


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti180
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.