home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

MUSLIHAT

by DAENG MAHARI on December 28, 1999 at 02:12:21:



MUSLIHAT


 

kau bertopeng bayang-bayang?
hanya kerana tubuh berdiri
telus di pandang naluri.
jangan kau persenda bayang-bayang,
hanya kerana dia
di bawah,di depan,di belakang.
tidak pernah di atas.
berjuta kali kau ukir diri mu
tak mampu mencalar bayang di kaki,
kekal pegap,senyap.

siapa menipu di tipu?
bayang di kaki,membayang tubuh berdiri.
kau bungkus diri dengan satin,
bayang di samping kekal di injak.
kau mahkota darjat di kepala,
bayang di kaki kekal di tanah becak.
kau beradu dalam hangat tubuh,
bayang di tepi tetap disisi.
tidak beranjak,sebagai saksi
di mahkamah Ilahi.


campak satu batu,
bayang pun hilang.
~~daeng mahari~~

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1183
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).