Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

bicara sendiri

by dzeng on January 04, 19100 at 13:02:25:



bicara sendiri


 Bagaimana harus ku nyatakan perasaan ini
apabila aku sendiri kurang mengerti
suka menjajah duka
duka bermaharaja dalam gembira

insan seni ke hulu hilir
olahan ceria meniti dari bibir ke bibir
penuh dengan acara penuh makna
sarat dengan upacara dunia

hari gembira kelak menjelma
menjelma bersama senyuman bulan pertama
kemaafan masih tidak wujud dalam jiwaku
terlalu mahal untuk aku memberinya secara percuma
biar aku simpan kejab-kejab dalam keegoan ku
melayani kedegilan naruni ku

harus aku zahirkan kecewaku
biar semua orang tahu
maaf itu bukan datang dari kata-kata
ia hadir dari jiwa
sehingga ia tiba menjelma
biar ku pertahankan lanar itu

selamat hari raya
maaf zahir dan batin
ikhlas dari ku dari jiwa duka lara
kepada mereka yang berhak ke atasnya semata

biar aku sendiri di sini
meratapi setiap kebodohan ku selama ini.


sekian
isk isk isk
dzeng yang comel

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian7
Populariti193
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.