home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Lebaran dan Sahabat Yang Jauh

by TiRaS on January 05, 19100 at 16:59:42:



Lebaran dan Sahabat Yang Jauh


(mengingati Homma-san, Tsubaki-san dan keluarga Shibata di Hokkaido)

Surat-surat kalian masih menghujan
taman sejati memekarkan kuntum rindu
untuk kembali meluncur di Hakucho Arena
bak undan putih mengapungi Tasik Uenae
atau menghangatkan kemesraan di Noboribetsu Hot Spring
hujung musim luruh anginnya berbicara lirih
alam merah kuning masih mewarnai mataku

Salji telah bertakhta di puncak Tarumae
musim semi nanti datanglah kita mendaki
kata-kata itu terukir dalam kaducap ciptaan
kalian sendiri
sempena lebaran ini
tiba-tiba sayu menyulami dasar rasa
bahawa sekian lama mengenang kampung kedua
kerana kasih sayang melangkaui batas pembeda
aku akan kembali aku akan kembali
itu saja tertera dalam e-mail subuh pagi
sebagai tanda Pesta Salji Sapporo masih menjelma
di putih ingatan

Taman Nishiki-Onuma, Pelabuhan Tomakomai
Tasik Shikotshi, Kampung Ainu Shiraoi
tunggu aku tunggu aku pasti kembali
musim gugur kalau bukan musim semi

Lebaran pun datang
bersama rindu terpendam dalam.

TiRaS
Cepu Kencana
29 Ramadhan 1402

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1174
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).