Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

SAJTERA : ACARA TARIAN GIPSI GENIT

by dzeng on January 14, 19100 at 05:25:00:



SAJTERA : ACARA TARIAN GIPSI GENIT


Dengan taluan tamburin
gadis gipsi melonjak-lonjak
kakinya yang panjang mengalah
disebalik skirt perca
menendang-nendang langit
dengan ritma tari yang unik
rentak tari yang bersahaja
yang tercipta mengikut citarasa ketika itu

matanya alis lentik mengerlip ngerlip
seumpama meminta simpati
tarinya kaku tidak bertenaga
perut kosong tidak berisi gandum
kelaparan itu merebahkan tembok kesabarannya
Tapi gadis gsipsi tidak angkuh
Gipsi manis sedar akan dirinya.

Gipsi sedar dia hanyalah paria dalam masyarakat
Namun paria juga harus makan
harus mencari gandum bagi mengisi perutnya
dan suku dozen anak luar nikahnya
hasil kreativiti masyarakat kelas atasan
yang melangani gipsi paria genit

rentak tarinya tiada arah tujuan
benaknya mengharap
suatu hari nanti datang seorang lelaki sejati
bukan dayus dayus yang selalu sitemani
membawa gipsi lari dari alam kehinaan
lari dari kelaparan

namun dia sedar dia hanya berangan
melayan lamunan
tetapi masih yakin
angan angan mungkin jadi kenyataan

tetapi untuk hari ini
biar dia menari melayani perit perut yang kosong
apa cara sekali pun, hidup perlu diteruskan

matanya alis lentik mengerlip-ngerlip
hanyalah pancaran cahaya bulan
ke atas butiran-butiran jernih air mata gipsi
yang kadang kala gugur tanpa diundang


hik hik hik
sajtera tu aku saje jer cipta, maksudnya sajak ceritera lah.
hik hik hik

yang melawan arus
dzeng yang comel

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti144
Tarikh2005-11-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.