home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

antu durian

Ini kisah memang kisah benar, benar sebenar benar tiada yang benar selain kebenaran belaka.

Al-kisah bermula mase tu kampung aku tengah musim durian, rumah aku pun ade gak ler pokok durian yang tengah lebat buahnyer. Kerja aku ikut emak cari durian jika ader durian jatuh. "Debuk" wah satu, "debuk" dua dan seterusnyer aku dan mak aku pun menyuluh tempat tu, ada bau? ada... suluh, tu dia tergolek durian, amik jangan tak amik.

Nak dijadikan cerita,suatu malam durian beriya-iya berjatuhan walaupun takde angin, aku & mak aku aper lagi ler, turun dan terus menuju ke destinasi, suluh punya suluh, takde durian, bau ader, suluh lagi tak der gak, ikut bau tu, bau ader durian takde gak. Ah sudah! maner lak durian ni. Dok tengah tercanguk-canguk mencari durian adik-adik kat atas riuh, kami pun naik ler, durian tak dapat adik kat atas pulak kecoh, ape kesss.

Adik aku citer mase dia dok lari, lari, lari ulang alik dari dapur ke beranda tetiba kat tengah umah dia nampak sesuatu bende putih tinggi, dia cuba dekat ya Allah, menjerit dia terus lari rupanyer yang dia nampak tu POCONG atas umah tengah menengok adik yang lain nonton tv. Apalagi bila mak aku dengar cam tu langsung ilang selera dia nak amik durian yang banyak tadi kat bawah, lantok ler sak esok bapak ko balik bior dia amik durian tu, katanyer. Patutler kami tak jumpa durian, bau ader tapidurian tak de rupenyer ade sebab.

Tak lamer kendian mak aku bukak citer dulu mase kami kecik pokok durian yang kami dok usya tadi tu ade pontianaknyer. Gini waktu tu musim durian gak tapi mase tu tugas aku makcik aku yang pegang, jadi malam tu cam biase ler bila durian jatuh mak dan makcik aku pun turun. Mak aku bawak lampu suluh makcik aku lak pegang pelita, tapi yang peliknyer makcik aku duduk kat tangga jer cuma mak aku sorang jer berjalan ke arah pokok durian tu, mak panggil dia, dia tak nak dekat. Antara pokok dan tangga umah aku tak jauh dalam beberapa meter jer, sebab bila mak aku bebel sebab tak jumpa durian makcik aku dengar dia sahut kata2 mak aku, dia suruh mak aku balik. Mak aku tak nak tetiba tup. lampu suluh mak aku mati, mak aku teriak kat makcik aku suruh bawak pelita, makcik aku tak mau, mak aku mengalah dia amik pelita sambil membebel tak lama kendian dapatler durian dalam 3 biji mereka terus naik umah.

Sampai kat atas mak aku tanya pasal aper tinggalkan mak sensorang, makcik aku diam, lelama tu dia citer, camner nak ikut mase mak aku ade kat pokok durian tu tepi mak aku org cantik tu sambil mengilai he he he he he, tapi mak aku selamber derk jer, bila lampu suluh tu mati lagi kecut ler makcik aku, boleh mak aku amik pelita plak, makcik dah rasa seram sejuk jer, tapi yang peliknyer makin mak aku dekat makin jauh lak org cantik tu, sebab tu ler past jer org cantik tu pegi mak akupun dapatler durian dia.

Wasalammmmmm.
Statistik Kandungan
Penulissakti(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti6366
Tarikh2005-11-29

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).