We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

Kasut oh kasut

Kisah ini terjadi sekitar tahun 1994 dulu, mase tu aku bekerja di KL, kerje gomen...

Dah nak start dah, tapi janji past baca jangan gelak, aku malu...... biar pecah di perut jangan pecah di mulut, tahan arr.

Gini....
Aku pi dan balik kerja naik bas jer, ye ler mase tu ituler kenderaan yang aku mampu.

Satu hari tu, dengan berkebaya ketat dan berkasut tumit tinggi aku melangkah seperti biasa nak turun bas... nak jadikan cerita dok aku nak melangkah turun tangga tetiba hujung tumit aku tersandung besi atas tangga apalagi "Bup, Bup, Bup" aku melantun-lantun jatuh bukan kaki aku yang melangkah tapi punggung aku yang melangkah. Ay Allah hanya Dia jer le yang tahu, betapa sakit dan malunyer aku, bayangkanlah duhai pembaca sekelian. Bila sampai di bawah aku terus bangun tahan malu, aku dah tak pandang dah orang atas bas tu, nak mampus... malu woooooo.

Tapi, sedang aku terjengkit-jengkit berjalan sebab tumit aku sebelah dah tanggal, tetiba....
"Kak, Kak," saya menoleh, ohhh si konduktor rupanya yang memanggil itu, "ni ha tumit kasut akak tertinggal" katanyer. Dengan malu dan senyum sumbing aku menuju kearahnyer mengambil tumit kasut aku tadi "mekacih dik" dia tersenyum membalas.

Ceh dalam hati aku berkata, ceh mampus orang dalam bas ni mesti gelakkan aku sampai berguleng ni, aku melintas jalan, dengan rasa sebak dan kelakar aku pun gelak sepuas-puasnyer untuk menghilangkan malu....

Ekeh, keh, keh.... gituler ceriternyer... sekian...

Statistik Kandungan
Penulissakti(klik lihat profail)
Markah Undian6.33
Populariti634
Tarikh2005-12-10

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.