home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Resepi Masakan @ Wanita
 
Muka Depan Resepi Masakan @ Wanita | Hantar idea kreatif anda ke Resepi Masakan @ Wanita

Lapis Kacang Hijau

-Bahan-

400g tepung kacang hijau
100g tepung hoen kwee
80g tepung kanji
600g gula melaka
200g gula halus
1tsp garam
2500ml santan dari 4biji kelapa parut
2tsp pewarna hijau
daun pandan
Loyang bulat 28cm, gris sekelilingnya dgn minyak

-Cara-

Santan dimasak dgn gula melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit. Ketepikan.
Kesemua bahan tepung dicampurkan didalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi kedalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi sehingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnaan hijau, yg satu lagi dibiarkan dgn warna asli.
Kukus didlm loyang, berselang seli warna sehingga adunannya habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5mins atau sehingga masak.
Biarkan kuihnya benar2 sejuk, baru boleh dipotong.

P.S: Oi webmaster! suruhlah bini kau bikin kuih ni, amik gambar kuih(bukan bini kau) pastu add kat emoticons!
Statistik Kandungan
Penulisbloss(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti2788
Tarikh2006-01-03

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).