home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Kelakar Korner
 
Muka Depan Kelakar Korner | Hantar idea kreatif anda ke Kelakar Korner

mcm mcm adaaaa

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas
kaunter...

Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"

Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7
Gemas. Makcik nak pergi mana?.."

Makcik: "Makcik nak melintas aja."
~~~~~~

Bidin melihat rakannya, Wafdi sedang membuat kopi, kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"

Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."
~~~

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: "Kenapa?"

Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak
tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"
~~~

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa.Terperanjat, dia tak
sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa .

Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."

Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."
Statistik Kandungan
Penulisbloss(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1556
Tarikh2006-01-04

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).