|
Kelakar Korner
Muka Depan Kelakar Korner |
Hantar idea kreatif anda ke
Kelakar Korner
mcm mcm ada2 AISYAH...
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri
yang sedang tidur nyeyak..
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, "lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
*************************************************************
PENIMBANG BERAT
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"
*************************************************************
Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya
nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."
***********************************
Rahsia Menangkap Ikan.
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke
laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun
pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri.
Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."
*************************************************************
Statistik Kandungan
|
|