home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Pena Foxy
 
Muka Depan Pena Foxy | Hantar idea kreatif anda ke Pena Foxy

Makan Daging Sahabat

Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah.. Hobi dia, suka sebar khabar-khabar angin (mencela).. Pendek kata, setiap kali dia mencela, maka dalam beberapa hari sahaja, seluruh taman perumahan tempat tinggalnya akan mengetahui bahan celaan yang tersebar.. Ini mengakibatkan, orang yang tercela itu, merasa sakit hati dan terpukul.

Akhirnya, hamba Allah yang menyebarluas khabar-khabar angin ini mengetahui akan ketidaksahihan berita yang disebarnya... Dia menyesal dan mendatangi seorang orang tua yang bijak untuk menginsafi kebersalahnya itu..

"Pergilah ke pasar," kata orang tua bijak, "dan belilah seekor ayam. Sembelihlah. Kemudian dalam perjalanan pulang, cabut bulunya dan buang satu persatu di sepanjang jalan."

Meskipun keberatan, si hamba Allah terpaksa melakukan apa yang telah disaran kepadanya. Namun, rasa bersalah yang sedang menghantui fikiran, masih terawang-awang di benak hamba Allah ini.. Justeru itu, pada keesokan hari, dia kembali mengunjungi orang tua bijak untuk mendapat nasihat lanjut..

Si orang bijak itu berkata, "Hmm, kalau begitu, sekarang, kumpulkan semula semua bulu yang kau buang semalam dan bawa ke sini.

Si hamba Allah itu pun menyusuri jalan yang sama dan berusaha mengumpulkan bulu-bulu ayam yang telah buang semalam. Malangnya, semua bulu-bulu itu telah diterbangkan angin ke berbagai arah, sehingga mustahil untuk dikumpul semula.. Ketika dia kembali ke orang tua bijak, dia hanya mampu datang dengan tiga helai bulu ayam sahaja..

"Kamu nampak sekarang?!" kata si orang bijak, "Mencabut bulu ayam dan menaburkannya di sepanjang jalan, memang senang.. Namun, mengumpulnya semula adalah mustahil. Begitulah dengan gosip dan pembohongan yang kau lakukan. Untuk menyebarluas sesuatu tomahan, memang senang.. Tapi, sekali terlempar, ia akan terus bertaburan dan kau tak akan mampu memgutinya semula – walaupun, dengan kesalan yang berair mata darah sekali pun..
Statistik Kandungan
Penulisfoxyman(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3162
Tarikh2006-01-14

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).