home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Pena Foxy
 
Muka Depan Pena Foxy | Hantar idea kreatif anda ke Pena Foxy

KAWAN AKU GERAM

Sumpah, aku tak akan percaya lagi. Biar apa orang nak kata, itulah keputusanku. Aku dah tak peduli..... aku juga tak kisah.

Lantaklah... aku sendiri sudah tidak mahu memikirkannya lagi. Apa nak jadi, jadilah...biarlah apa mereka nak kata.... aku sudah bosan dengan semua itu. Aku bosan....bosannnn...bosannnnnn. Biar aku pekakkan saja telinga ini, pura-pura tak mendengar apa yang diperkatakan tentang aku. Penat bercakap nanti berhentilah mereka....paling tidak aku yang dapat mengumpul pahala karena membiarkan saja diri ini diperkatakan.

Hairan juga aku dengan aku? kenapalah aku biarkan saja mereka mengata aku? Sikit aku tak bantah... merungutpun tidak, mengganguk tidak menggelengpun tidak.... bak kata orang zaman kini aku buat "dek" aje. Mungkin sikapku ini memberi jawapan terhadap persoalan mereka. Mungkin juga ia membenarkan tohmahan yang terlemparkan ke atas aku.

Namun percayalah aku sedikitpun tak tergugat atas semua itu.
iar...biar....biarrrrrrrr... aku tak mahu bangkit membela diri. Biar mereka kata aku kayu, diam macam batu...bercakap dengan tunggul hidup, mangguk ayun, otak taruk atas lutut, tak boleh pakai punya orang, aku pengecut, takut menghadapi kenyataan dan beberapa patah ayat yang boleh juga mencantas fikiran.

Terkadang terfikir juga manalah aku letakan harga diri ini sehingga semua orang bebas mengata aku dan aku masih begitu, diam dan terus bisu.... namun mereka tidak tahu jika aku bingkas bangun tentu ada perkara yang tak diingini akan berlaku.
Statistik Kandungan
Penulisfoxyman(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3006
Tarikh2006-01-14

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).