Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

sebuah doa

SEBUAH DOA

dalam dingin malam, melangkah awal pagi,
aku masih setia kaku menanti,
deringan dari sana....panggilan itu,
satu suara ... dirindu.
lelah dalam lesu.menunggu.
kelam di dada langit, rama-rama hitam aku layangkan,
antara kelam itu mencari sebutir cahaya ... mana kejora?
lemah menyosong pulang rerama hitam ... tiada disitu,
dan aku terus sendiri disini, mengharap ....
esok hanya sejarak benang putih sahaja lagi... sabar la wahai hati.


dalam mimpi dalam nafas
aku dapat rasakan kehadiran cinta itu
walau dimana aku berada, tetap bersama
terus hidup dengan satu rasa.satu harapan ... satu impian
cinta hanya boleh di sentuh sekali, dan akan terus kekal abadi.
itu harapan aku, itu yang aku percaya ... yakin
Wahai Pencipta Cinta,
yang mana Kau menganugerahkan rasa ini
keatas semua yang bernyawa .. berjiwa
aku pohon pada Engkau, kembalikan cinta aku ...
kembalikan ia dalam nyawa
kembalikan ia dalam mimpi
kembalikan ia dalam rindu
kembalikan ia pada ku
cuma itu yang aku mahu ... itu yang aku pohon
pada Engkau dengan penuh rasa cinta.


melakar suara dalam tenang akal ...
Daeng Mahari

Statistik Kandungan
Penulisdaengmahari(klik lihat profail)
Markah Undian6.5
Populariti491
Tarikh2006-02-08

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.