|
Mimpi
Muka Depan Mimpi |
Hantar idea kreatif anda ke
Mimpi
Mimpi kematian yang menjadi kenyataan Kisah ini berlaku di kampung kami 5 tahun yang lalu. Kita namakan si mati dengan nama Hafiz berumur 10 tahun. Suatu hari beliau bercerita kepada ibunya "mak, adik malam tadi mimpi adik mati, adik sakit tapi mak dan bapak tak perasan, bila petang adik makin lemah baru mak suruh bapak cari kereta, sebab kereta tak de, bila bapak dah dapat kereta adik terus di bawa ke hospital, tapi di tengah jalan adik mati dipangkuan emak. Bibir adik jadi putih, emak nangis, peluk adik dan cium pipi adik." Kemuadian beliau menyambung semula cerita beliau "Bila mayat adik dibawa balik, ramai kawan2 dan guru2 adik datang rumah, ramai yang menangis termasuk emak. Lepastukan adik nampak adik dipocongkan, bila orang tu ikat kain atas kepala adik dia ikat kuat sangat sampai berbunyi ciuttt, adik dengar mak...., lepas tu adik di bawa ke kubur, ditanam". "Lepastukan mak datang 2 malaikat dia pukul adik sebab adik lawan cakap emak, adik terus pengsan sampailah hari kiamat". Ibunya pun mencelah " ala dik, mimpi tukan mainan tidur tak usah risaulah tu hanya mimpi je". Hafiz mendiamkan diri.
Suatu hari melawan kata-kata ibunya, ibunya membantah tindakan Hafiz tetapi Hafiz membalas dengan berkata-kata "Ala emak tu besok kalau mati masuk neraka tau mak, mak menjerit minta tolong, sebab panas. Mak lapar dan haus, adik tunggu emak di tepi neraka bawa air, adik nak bagi emak tapi air kering bila kene api nerakan". Terkedu ibunya hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan kata-kata anaknya.
Setelah beberapa minggu peristiwa itu berlaku, ditakdirkan Hafiz mengadu sakit perut setelah pulang dari bermain, ibunya tidak mengendahkankan Hafiz kerana itu perkara biasa, bila petang sakit Hafiz tidak juga baik malah semakin lemah ibu Hafiz menyuruh ayahnya mencari kereta. Hafiz pun dihantar ke hospital, ditakdirkan didalam kereta Hafiz telah menghembuskan nafasnya dipangkuan ibunya. Bibirnya putih, barulah ibunya teringat segala cerita-cerita yang telah Hafiz sampaikan sebelum ini, dengan penuh hiba ibunya terus memeluk dan mencium pipi Hafiz yang kaku menjadi mayat.
Setelah mayatnya dibawa pulang segala apa yang telah Hafiz ceritakan bebar-benar berlaku, makin hibalah ibu Hafiz bila mengenangkan dirinya bakal masuk neraka.Cerita ini telah disampaikan oleh ibu Hafiz kepada ayah saya.
Renung-renungkanlah cerita ini. Cerita ini ada iktibarnya. Kita sebagai insan yang telah diamanahkan oleh Allah dengan segala amanah yang dipertanggungjawabkan kerana kitalah Khalifah didunia ini.Segala amanah itu akan ditanyakan nanti oleh-Nya, sesungguhnya "INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN" (dari Allah kita datang kepada-Nya lah kita akan kembali). Aminnnnnn.
Statistik Kandungan
|
|