home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

hantu

Cerita ni berlaku pada tahun 2004 yang lalu. Waktu tu saya masih di tingkatan empat dan tinggal di asrama sekolah. Sudah banyak kali saya mendengar cerita-cerita seram daripada kawan-kawan sebilik mengenai kejadian-kejadian yang sering berlaku di asrama tersebut, namun saya agak sukar mempercayainya walaupun menyedari perkara ghaib itu memang wujud. Satu malam, sewaktu pelajar-pelajar asrama yang lain sedang berteleku di masjid untuk solat maghrib dan isya' berjemaah, pelajar-pelajar perempuan yang 'uzur' melepak-lepak di sekitar kawasan asrama termasuklah saya. Sambil menunggu pelajar-pelajar lain selesai bersembahyang saya mengajak seorang kawan perempuan yang sama seperti saya bersembang di bawah sepohon pokok rambutan rendang yang tidak pernah berbuah, yang terletak di hadapan blok asrama C. Terdapat sebuah meja dan bangku-bangku di bawah pokok tersebut. Keadaan di situ agak suram dengan hanya sedikit biasan cahaya lampu neon dari blok asrama C. Hanya kami berdua sahaja di situ kerana tempat-tempat lain yang agak cerah sudah diduduki oleh pelajar lain. Sedang kami asyik berbual-bual, tiba-tiba telinga saya menangkap satu bunyi yang aneh di atas kepala kami berdua. Saya fikir, mungkin ia hanyalah bunyi angin yang bergeseran dengan dedaunan. Tetapi, saya dapat melihat rupa kawan saya sudah bertukar riak. Kami terus berbual-bual. Dan,tiba-tiba bunyi aneh itu sekali lagi kedengaran malah semakin hampir dengan kami. Saya masih tidak mengendahkannya sedangkan jantung mula berdegup kencang. saya berpaling ke kanan dan mendapati kawan saya sudah tidak berada di tempatnya lagi. Rupa-rupanya dia telah meninggalkan saya seorang diri di situ dan pergi ke kelompok pelajar yang lebih ramai. Saya agak terkilan dengan perbuatannya namun saya biarkan saja. Mungkin dia terlalu berfikir yang bukan-bukan. Saya masih di situ. bosan menunggu, saya membuka nota kecil di tangan dan cuba membacanya dalam limpahan cahaya suram tersebut. Namun, baru beberapa helai nota yang saya baca, bunyi yang aneh itu kedengaran lagi buat kali ketiga malah lebih hampir lagi bunyinya..Kali ini, bulu roma aku terasa tegak merinding. Tangan dan kaki terasa sejuk tiba-tiba. Aku memberanikn diri untuk berpaling ke arah atas kanan kepalaku untuk mengetahui apakah bunyi aneh tersebut. Sebaik sahaj mataku tertancap kepada punca bunyi aneh tersebut, jiwaku terasa melayang seketika..kabur dan terasa ingin menjerit namun kerongkongku bagaikan tersekat. Terasa sesak dadaku seketika..Lembaga hitam sebesar bayi kecil kelihatan membongkok seolah-olah sedang rukuk sedang mengarah dekat padaku. Jarak antara kami hanyalah lebih kurang 2 meter sahaja. amat dekat...Segera aku mengucap panjang, nama Allah tidak henti-henti keluar dari mulutku ketika kakiku melangkah pantas menuju kepada kawan-kawanku yang lain. Debar di dada tarasa menggunung. Mujurlah aku tidak rebah terkejut di bawah pokok tersebut, kalau tidak siapalah yang akan membantuku disitu. Kawanku yang menemaniku tadi segera mendekatiku apabila menyedari aku tidak lagi di bawah pokok tersebut. Lantas, dia bertanya,"Eh, engkau nampak jugak ke benda tu......?" Statistik Kandungan
Penulisanonymous(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti9380
Tarikh2006-05-12

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).