home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

Kelibat-Kisah Benar

Hmm korang pernah mengalami perasaan camni...pelik..takut..asing..ngeri...Aku takkan lupakan peristiwa ini sampai bila-bila dan aku tak cukup berani mencari kebenarannya sampai bila-bila. Aku dulu ex-student UITM Machang..thn 95-98, thn tu suma student tinggal kat dlm hostel x mcm skrg nie yg 'overcapacity'. Aku tinggal di blok hadapan sekali tingkat 3 Left Wing kiri sekali tepi tangga (dah lupa no. bilik). Mlm tu 'special' kot, seblum nie pernah sekali aku berjumpa 'benda' camnie tapi yang nie lain skit...lain skit. Aku tinggal berempat dlm satu bilik, didlm cuma ada 2 katil double decker...2 meja study dan 4 locker..katil aku sebelah bawah. Malam kejadian tu, kami semua tido awal jam 11.00mlm, esok ada kuliah. Aku mcm biasa mengunakan selimut sebagai kelambu..kasi gelap skit..sbb cahaya lampu jalan terang sampai ke dalam bilik..x sampai 10 minit, baru nak lelap..sebelap katil aku..aku terperasan..kelibat seseorang disebalik kelambu, aku x terkejut sangat, ingatkan member aku. Yang buat aku berpeluh dingin ialah tiba2 bulu roma aku tegak dgn x tentu pasal..mengapa?..pelik?? aku tak boleh gerakkan badan aku...hanya mata aku ajer yang melilau...kelibat tu berdiri di sebelah kanan aku...aku cuba panggil nama member tp suara x leh keluar..aku takut!!..terasa berada di alam lain bersama kelibat itu..suasana tiba-tiba menjadi sunyi...kaku..sepi..lansung x leh dengar aper2 bunyi pun..yg paling ngeri sekali ialah kelibat itu menghampiri aku..sedikit demi sedikit...menembusi kelambu !!! hanya tuhan shj yg tahu perasaan aku masa tu...mata aku pejamkan rapat2..kelibat itu seumpama bayang-bayang..aku berjaya mengalihkan kepala aku sebelah kiri..kelibat itu tiba2 berhenti...aku tak boleh lupakan bunyi nafasnya..bunyi seperti nafas binatang..di hembus nafasnya ke telinga aku..panas!! mcm wap dari cerek mendidih..dlm hati aku tak putus2 baca ayat kursi...aku dah x ingat berapa kali..tetapi hampir beberapa minit..baru kelibat itu beredar..lega..tapi unutk sementara...ia kembali sekali lg..aku bacakan ayat kursi..ia beredar..aku berhenti baca..ia kembali lg...aku tertekan masa tu..akhirnya...aku berjaya bingkas bangun, terus menarik kelambu..pelik kelibat itu hilang entah kemana...aku mengejutkan semua member aku...semua berasa hairan mcm tiada apa2 yg berlaku..aku mengambil keputusan tidur di sebelah member aku..aku berjaya melelapkan mata..tiba2..kelibat itu...kelibat itu..seperti mahukan sesuatu dari aku...datang kembali..aku tak boleh gerakkan badan..dgn segala kudrat yg ada aku bingkas bangun ..aku lihat kelibat itu lesap entah kemana...jam menunjukkan pukul 5.30pg...sampai sekarang aku tertanya-tanya..apa sebenar yg ia ingin sampaikan...para pembaca tahukah jawapannya?? Statistik Kandungan
Penulisanonymous(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti18001
Tarikh2006-06-25

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).