home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Seri Bumbung

Berkata tiang pada bumbung,
Tanpaku manakan ada kamu,
Jika tiada yang menampung,
Mana mungkin kukuhmu disitu.

Berkata bumbung pada tiang,
Tidakkah engkau ketahui,
Betapa langit luas terbentang,
Tanpa sepasak tiangnya seri.

Terkaku malu tiang sejenak,
Mengangguk lesu membenarkan,
Tidak boleh mengatakan tidak,
Pada tanda kuasanya tuhan.

Berkata megah si bumbung tadi,
Pasti berhujan diamuk bahang,
Kalau tidak kerana kami,
Sesaat teguh kemudiannya tumbang.

Berkata tiang pada bumbung,
Tidakkah engkau ketahui,
Teguhnya bumi kerana gunung,
Seampuh pasak tiangnya seri.

Terkaku malu bumbung sejenak,
Mengangguk lesu membenarkan,
Tidak boleh mengatakan tidak,
Pada tanda kuasanya tuhan.
Statistik Kandungan
Penulistarianpena(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1207
Tarikh2007-11-21

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).