Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

perjuangan yang belum berakhir.

apabila petaka itu melebarkan rahangnya
satu demi satu
mangsa nya tewas
gugur
yang masih tinggal
terkapai kapai kelemasan
mempertahankan apa yang tersisa
agar kudrat tidak di mamah percuma

TB,denggi,AIDS,SARS...
musibah membawa derita
dengan rakus mengunyah
daging,tulang belulang,perasaan
dan jiwa

dalam kedukaan
dalam kebimbangan
diri juga yang tersayang
dibenamkan
demi baktinya
memerangi kesengsaran
para mangsa wabak
yang wujud nya bagai ribut
menagih bukan sedikit jiwa

ketabahan mu adalah lambang
semangat waja
dalam satu lagi perjuangan
mengharungi
cemuhan sebahagian insan
dan
sanjungan dari sebahagian yang lain

wahai srikandi
dapat di mengerti
bahwa
perjuangan ini belum berakhir lagi

Statistik Kandungan
PenulisSuryaSenja(klik lihat profail)
Markah Undian1
Populariti124
Tarikh2008-01-27

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.