home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Cerita Pelik, Hantu & Misteri
 
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Hantar idea kreatif anda ke Cerita Pelik, Hantu & Misteri

buaya dalam kolam

alkisah dalam sebuah kampung heboh dengan cerita kehadiran buaya dalam kolam yang rutin digunakan oleh penduduk kampung tersebut.Kampung itu bernama kampng pkt 6 rancangan sg manila yang terletak di kawasan pendalaman Sandakan Sabah.Menurut penduduk kampung,mereka sering melihat kemunculan buaya tersebut pada petang hari terutama hari jumaat.Bagi memastikan kebenaran cerita tersebut sekumpulan budak remaja pergi untuk menyaksikan sendiri buaya tersebut.Alangka terkejutnya mereka apabila mendapati beberapa ekor buaya sedang merangka keluar dari kolam tersebut,apa lagi mereka pun bertempiaran lari pulang kerumah dan bercerita kepada keluarga masing-masing.ke-esokanya penghulu pergi la ke jabatan hidupan liar membuatlaporan berkenaan kejadian di kampung itu.Dalam temu-bual dengan pegawai hidupan liar tersebut ada sedikit kemusykilan berkenaan darimana buaya-buaya itu datang sedangkan kampung itu terletak jauh dari kawasan laut ataupun sungai,mungkin ka tanpa pengetahuan manusia haiwan-haiwan di dunia ini sudah ada tamadun hehe.Selang beberapa hari jabatan hidupan liar telah membuat operasi penangkapan dan dalam operasi tersebut tiada satu pun buaya ditangkap tapi beberapa ekor biawak yang besar.rupa-rupanya yang disangkakan buaya itu adalah biawak yang sangat besar.Tapi selepas beberapa minggu masih lagi ada aduan orang kampung berkenaan kemunculan binatang menyerupai buaya di sekitar kolam tersebut,samada benar atau orang kampung perlu pendidikan mengenali haiwan itu masih lagi tanda tanya pada orang kampung... Statistik Kandungan
Penulisanonymous(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti3417
Tarikh2008-05-03

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).