Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

PERTEMUAN ITU

Satu masa itu
Masih diingatan
saat diri ini menunggu
sanubari penuh tandatanya
apakah detik pertemuan itu
menjadi satu realiti

Hati terharu
Sekian lama diperantauan
Akhirnya kembali dan mengharap satu kepastian
Bertemu dengan insan
seorang kenalan
penuh bakat tinggi harapan

Kita duduk bercerita
Mataku tanpa kelip
telingaku prihatin
Mendengar cita-cita menggunungmu
Memerhati riak kesungguhan mu..

Mungkin tidak puas bercerita
kita sempat berlabuh lagi
tidak mampu meleraikan
pertemuan itu
Kau seperti biasa
penuh bersemangat bercerita
Ke mana halatuju
Halaman Anjungmu

Kini aku terkedu sendiri
penuh kagum dan rindu
pada sinar mata dan semangat itu

Kerna sekarang
Semua kata-kata mu jadi nyata
dan aku pasti rindu dan akan datang bertandang
Kerana halaman Anjung ini tak bisa aku lupakan
Dalam lipatan kenangan 1997

Aku bertuah kerna
berkesempatan bertemu dan berbicara
dengan empunya halaman ini

Walau kini
lama sungguh tiada betah berbicara
Pertemuan itu walau hanya sekali
akan menjadi satu kenangan abadi

Aku bangga tumpang gembira
kejayaan sudah digenggaman mu
doaku sudah pasti
agar kau terus berjaya lagi
dan aku akan bertandang lagi
menjadi saksi
mercu jayamu

Statistik Kandungan
Penulisanonymous(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti62
Tarikh2008-07-04

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.